penggunaan teks dalam multimedia

Thursday, 13 December 2012

Pengenalan

Jenis-jenis teks :


Istilah jenis media merujuk kepada elemen-elemen multimedia, perwakilan media tersebut serta operasi yang boleh dilakukan ke atasnya. Ia boleh dikategorikan kepada dua iaitu:

1) Media bukan temporal (non-temporal media)

⇒ Media yang tidak bergantung kepada masa. Ia terdiri daripada teks, grafik dan imej.

2) Media temporal(temporal media)

⇒ Media yang bergantung kepada masa iaitu audio, video dan animasi.

Definisi teks :


Teks merupakan salah satu media utama yang diperlukan dalam sesebuah perisian multimedia sama ada sebagai menu utama, sistem navigasi (navigation) ataupun bagi tujuan penyampaian sesuatu isi kandungan perisian. Ia adalah jenis data paling asas serta menggunakan ruang storan paling sedikit berbanding dengan elemen-elemen multimedia lain.


Teks dalam bentuk perkataan, ayat dan perenggan adalah digunakan untuk menyampaikan sesuatu idea, buah fikiran dan fakta yang berkaitan dengan apa jua aspek dalam kehidupan kita sehari-hari. Jadi, tidak mustahil jikalau sesebuah produk multimedia itu bergantung kepada teks di dalam kebanyakan perkara seperti didalam menerangkan bagaimana sesuatu aplikasi bekerja, membantu pengguna didalam menerokai sesuatu aplikasi dan untuk menyebarkan maklumat melalui aplikasi-aplikasi yang telah direkabentuk. Walaubagaimanapun, di dalam aplikasi multimedia, penggunaan teks yang terlalu banyak tidak begitu digalakkan kerana teks tidak dapat mempamerkan maklumat dengan menarik. Ini bukan bermakna teks tidak diperlukan langsung, tetapi ia hanya perludigunakan pada bahagian-bahagian penting sahaja.

Struktur teks terdiri daripada :

1) Linear

⇒ Struktur teks yang tradisional
⇒ Organisasi berbentuk linear di mana ia mempunyai bahagian permulaan dan penghujung.
⇒ Susunannya terdiri daripada beberapa siri seksyen/bab (sections). Setiap seksyen/bab ini  
     mempunyai tajuk dan mungkin, mempunyai sub seksyen(Subsection) yang akan      
     membentuk perenggan.
⇒ Susunan teks berstruktur ini adalah dalam bentuk hirarki dan boleh digambarkan seperti 
     struktur pepohon.

2) Tidak linear

⇒ Dikenali sebagai Hypertext
⇒ Susunan teksnya adalah secara tidak-linear dan mempunyai struktur data graf
⇒ Ia terdiri daripada nod yang merupakan bahagian teks yang bersaiz kecil dan akan 
     dihubungkaitkan dengan bahagian teks yang lain menggunakan pautan(links).
⇒ Hypertext membolehkan pengguna melaksanakan operasi carian dan capai ke atas 
     sesuatu dokumen dengan lebih cepat.


Elemen-elemen Bagi Teks :

Tajuk halaman
Penyampaian maklumat dalam bentuk ayat dan / atau perenggan.
Label untuk gambar
Arahan-arahan untuk operasi sesuatu aplikasi


Rajah 1.0 Ciri-ciri bagi teks



Kesan untuk teks :

Case             – merupakan versi huruf BESAR dan huruf kecil.
Regular      – merupakan versi piawai bagi font seperti Times New Roman atau Arial
Bold             – menyediakan kemudahan dalam memberikan penekanan untuk highlight  
                          dan tajuk.
Italic           – digunakan untuk menarik perhatian / minat pembaca.
Underline – digunakan untuk highlight.
Strikeout   – digunakan untuk menunjukkan sesuatu teks yang telah dihapuskan atau 
                          tidak  digunakan.






0 comments:

Post a Comment

Lorem

Please note: Delete this widget in your dashboard. This is just a widget example.

Ipsum

Please note: Delete this widget in your dashboard. This is just a widget example.

Dolor

Please note: Delete this widget in your dashboard. This is just a widget example.