Pengenalan/Definisi kepada Multimedia
Perkataan multimedia adalah berdasarkan dua perkataan iaitu Multi dan Media/medium. Multi membawa maksud banyak/pelbagai dimana ia menandakan terdapat lebih daripada satu media yang wujud di dalam sesuatu aplikasi. Media pula merujuk kepada alat atau pengantara untuk menyampaikan atau mempersembahkan sesuatu maklumat seperti teks, grafik, audio, video dan animasi.
Definisi Multimedia
Satu teknik yang digunakan untuk mengintegrasikan pelbagai media seperti teks, grafik, audio, video dan animasi dalam satu persekitaran digital yang mempunyai ciri-ciri interaktiviti (Norazlin etc, 2007).
Terdapat lima elemen atau media utama didalam Multimedia iaitu Teks, Grafik, Audio, Video, dan Animasi.
Setiap elemen tersebut mempunyai peranan yang tersendiri dalam mewujudkan informasi yang menarik dan berkesan (Jamalludin dan Zaidatun, 2003)
0 comments:
Post a Comment