Definisi grafik :
⇒Grafik merupakan antara media paling utama digunakan bagi memperlihatkan ketrampilan sesebuah aplikasi multimedia, juga sebagai sumber penyampaian maklumat yang brkesan.
⇒Grafik boleh ditafsirkan sebagai sebahagian daripada gambar , lukisan klip , gambar foto dan lukisan garisan yang digunakan untuk menghasilkan latarbelakang , kandungan maklumat dan kawalan pencarian di dalam produk multimedia.
⇒Grafik berkomputer merujuk kepada imej yang dihasilkan menggunakan komputer. Imej
berkoputer merujuk kepada imej yang mudah seperti garisan atau bulatan ataupun yang
kompleks seperti fractal.
⇒Grafik disimpan di dalam pelbagai fail format dan boleh menampung saiz yang berkualiti
serta penggunaan pelbagai aplikasi.
Kategori grafik :
1) Imej Raster atau grafik Bitmap.
2) Imej Vektor atau grafik Metafile.
Antara format file imej adalah:
1) BMP (Windows bitmap)
⇒ Format piawaian yang disediakan oleh kebanyakan perisian imej
dipersekitaran Windows. Imej boleh dieksport dalam kedalaman
berbeza seperti 1-bit, 4-bit, 8-bit atau 24-bit.
⇒ Imej 4-bit dan 8-bit boleh dimampat mengguna pengekodan
RLE(Run-Length coding) Iyang merupakan kaedah pemampatan
Lossless.
2) PCX (Zsoft Paintbrush graphics format)
⇒ Piawaian yang disediakan untuk perisian imej pada mesin IBM dan
yang serasi dengannya.
3) TIFF (Tagged Image File Format)
⇒ Format yang digunakan oleh kebanyakan perisian pengimbas
(scanner).
⇒ Format ini boleh dimampatkan. Pemampatan TIFF menggunakan
pengekodan LZW (Lempel-Ziv-Welch coding) yang merupakan
kaedah pemampatan Lossless.
4) GIF (Graphic Interchange Format)
⇒ Format imej meluas digunakan bagi WWW. Ia hanya
menggunakan 256 warna atau kurang. Ini menyebabkan sai failnya
5) JPG (Platform-independent graphics format)
⇒ Format imej yang dimampatkan mengguna kaedah JPEG yang
merupakan pemampatan secara Lossy. Format ini sesuai untuk
imej yang diimbas dan ingin digunakan pada WWW.
Kelebihan Menggunakan Imej Bitmap
⇒ Sesuai digunakan sekiranya tahap imej yang mendalam (detail) serta imej sepeti mana di
dalam kehidupan yag sebenar diperlukan. Bitmap mampu menyimpan sejumlah besar maklumat mengenai imej tersebut dan ini membolehkan ianya diubahsuai dengan tahap pengubahsuaian yang tinggi dan mendalam sehinggalah anda boleh mengubah warna setiap piksel yang ada pada imej tersebut.
Kelemahan Imej Bitmap
⇒ Ia bergantung kepada resolusi dan biasa membentuk saiz fail yang besar. Menukar saiz atau skala sesebuah imej bitmap sebenarnya hanyalah merupakan proses memaparkan piksel imej yang semakin dibesarkan atau dikecilkan. Ini akan mewujudkan masalah dalam menangani kualiti sesebuah imej memandangkan sesebuah perisian grafik perlu menambah atau membuang piksel yang tertentu bagi memenuhi keperluan saiz imej yang dikehendaki.
Imej yang terhasil dari proses pengecilan/pembesaran saiz ini biasanya kabur, bergerigi dan tidak menarik. Apbila imej bitmap dibesarkan, piksel imej tersebut akan turut membesar dan seterusnya mengubah maklumat bagi setiap piksel yang ada.
0 comments:
Post a Comment