elemen video dalam multimedia

Thursday, 13 December 2012


Definisi  video

Video ialah kombinasi audio dan siri bingkai imej dalam bentuk digital secara selari yang berasaskan masa. Menyediakan kaedah penyaluran maklumat yang amat menarik serta merupakan elemen atau media yang paling dinamik serta efektif dalam menyampaikan sesuatu maklumat. Ia juga sebagai penyimpan maklumat dan sumber rujukan yang berkesan.

Video di TV ialah video analog direkod secara magnetik dalam pelbagai tape format seperti VHS. Signal analog berasal daripada proses encoding serta piawaian untuk signal vedio ialah encoding dan decoding oleh NTSC. Video menyediakan sumber yang meluas dan berguna untuk aplikasi multimedia. Teknik pemampatan video menggunakan dua teknik asas iatitu interfram, mampatan berlaku antara fram dan intrafram, mampatan berlaku dalam fram. 

Terdapat 5 jenis video yang digunakan sebagai objek pautan dalam aplikasi multimedia iaitu:

1) Live Video Feeds

Merupakan objek masa nyata yang menarik sebagi pautan dalam aplikasi multimedia. Diambil dalam masa yang nyata dan sama. Contoh, Perlawanan bola sepak secara langsung

2) Video Tape

Penggunaan yang kurang meluas pada masa kini . Memerlukan satu pemain CVR untuk dimainkan dan banyak dijual atau disewa di kedai-kedai. Boleh dijadiakn sebagai objek pautan multimedia.Terdapat 2 faktor limitasi iaitu secara linear dan pemain video tape bukan kawalan komputer.

3) Videodisc

Format bagi videodisc ini terbahagi kepada 2 iaitu CAV dan CLV. CAV boleh menyimpan data sehingga 54,000 fram pegun. CLV boleh menyimpan data sehungga beberapa jam video untuk setiap permukaan disk serta mempunyai capaian rawak yang cepat dan keperluan minima untuk dicapai oleh komputer multimedia.

4) Digital Video

Digunakan pada rangkaian komputer.Pemprosesan yang berkeupayaan tinggi boleh memainkan video denagn skrin penuh tanpa alatan sokongan lain. Kualiti filem lebih baik.

5) Hipervideo
Mempunyai soundtrack dan dimainkan berulang kali.Video dibenarkan untuk dimainkan secara selari dengan persembahan multimedia, dirujuk sebagai hipervideo

Piawaian video terbahagi kepada 4 iaitu :

1) NTSC
- Digunakan di US dan Jepun
- Terdapat dua medan
- Imej dipapar menerusi 2 passess ( setiap passess selama 1/60 saat)
- Monitor komputer gunakan teknologi ‘progressive-scan’

2) PAL
- Digunakan di Eropah, UK, Australia, Afrika Selatan dan Asia
- 50 field / saat
- 25 fram / saat
- 625 garisan / frame

3) SECAM
- Digunakan di Perancis dan Rusia
- Ada memori dan berwarna
- Berbeza dengan PAL dan NSTC pada teknologi dan teknik penyiaran
- 625 garisan / fram
- 50 field / saat

4) HDTV
- Merupakan teknologi baru
- Ratio 16.9 ( 1280 x 720 )

Contoh video 1 :


penggunaan grafik dalam multimedia

Definisi grafik :


Grafik merupakan antara media paling utama digunakan bagi memperlihatkan ketrampilan sesebuah aplikasi multimedia, juga sebagai sumber penyampaian maklumat yang brkesan.

Grafik boleh ditafsirkan sebagai sebahagian daripada gambar , lukisan klip , gambar foto dan lukisan garisan yang digunakan untuk menghasilkan latarbelakang , kandungan maklumat dan kawalan pencarian di dalam produk multimedia.

Grafik berkomputer merujuk kepada imej yang dihasilkan menggunakan komputer. Imej
berkoputer merujuk kepada imej yang mudah seperti garisan atau bulatan ataupun yang
kompleks seperti fractal.

Grafik disimpan di dalam pelbagai fail format dan boleh menampung saiz yang berkualiti
serta penggunaan pelbagai aplikasi.

Kategori grafik :

1) Imej Raster atau grafik Bitmap.
2) Imej Vektor atau grafik Metafile.


Antara format file imej adalah:

1) BMP (Windows bitmap)

⇒ Format piawaian yang disediakan oleh kebanyakan perisian imej
dipersekitaran Windows. Imej boleh dieksport dalam kedalaman
berbeza seperti 1-bit, 4-bit, 8-bit atau 24-bit.
⇒ Imej 4-bit dan 8-bit boleh dimampat mengguna pengekodan
RLE(Run-Length coding) Iyang merupakan kaedah pemampatan
Lossless.

2) PCX (Zsoft Paintbrush graphics format)

⇒ Piawaian yang disediakan untuk perisian imej pada mesin IBM dan
yang serasi dengannya.

3) TIFF (Tagged Image File Format)

⇒ Format yang digunakan oleh kebanyakan perisian pengimbas
(scanner).
⇒ Format ini boleh dimampatkan. Pemampatan TIFF menggunakan
pengekodan LZW (Lempel-Ziv-Welch coding) yang merupakan
kaedah pemampatan Lossless.

4) GIF (Graphic Interchange Format)

⇒ Format imej meluas digunakan bagi WWW. Ia hanya
menggunakan 256 warna atau kurang. Ini menyebabkan sai failnya

5) JPG (Platform-independent graphics format)

⇒ Format imej yang dimampatkan mengguna kaedah JPEG yang
merupakan pemampatan secara Lossy. Format ini sesuai untuk
imej yang diimbas dan ingin digunakan pada WWW.

Kelebihan Menggunakan Imej Bitmap

⇒ Sesuai digunakan sekiranya tahap imej yang mendalam (detail) serta imej sepeti mana di
dalam kehidupan yag sebenar diperlukan. Bitmap mampu menyimpan sejumlah besar maklumat mengenai imej tersebut dan ini membolehkan ianya diubahsuai dengan tahap pengubahsuaian yang tinggi dan mendalam sehinggalah anda boleh mengubah warna setiap piksel yang ada pada imej tersebut.

Kelemahan Imej Bitmap

⇒ Ia bergantung kepada resolusi dan biasa membentuk saiz fail yang besar. Menukar saiz atau skala sesebuah imej bitmap sebenarnya hanyalah merupakan proses memaparkan piksel imej yang semakin dibesarkan atau dikecilkan. Ini akan mewujudkan masalah dalam menangani kualiti sesebuah imej memandangkan sesebuah perisian grafik perlu menambah atau membuang piksel yang tertentu bagi memenuhi keperluan saiz imej yang dikehendaki.
Imej yang terhasil dari proses pengecilan/pembesaran saiz ini biasanya kabur, bergerigi dan tidak menarik. Apbila imej bitmap dibesarkan, piksel imej tersebut akan turut membesar dan seterusnya mengubah maklumat bagi setiap piksel yang ada.


penggunaan teks dalam multimedia

Pengenalan

Jenis-jenis teks :


Istilah jenis media merujuk kepada elemen-elemen multimedia, perwakilan media tersebut serta operasi yang boleh dilakukan ke atasnya. Ia boleh dikategorikan kepada dua iaitu:

1) Media bukan temporal (non-temporal media)

⇒ Media yang tidak bergantung kepada masa. Ia terdiri daripada teks, grafik dan imej.

2) Media temporal(temporal media)

⇒ Media yang bergantung kepada masa iaitu audio, video dan animasi.

Definisi teks :


Teks merupakan salah satu media utama yang diperlukan dalam sesebuah perisian multimedia sama ada sebagai menu utama, sistem navigasi (navigation) ataupun bagi tujuan penyampaian sesuatu isi kandungan perisian. Ia adalah jenis data paling asas serta menggunakan ruang storan paling sedikit berbanding dengan elemen-elemen multimedia lain.


Teks dalam bentuk perkataan, ayat dan perenggan adalah digunakan untuk menyampaikan sesuatu idea, buah fikiran dan fakta yang berkaitan dengan apa jua aspek dalam kehidupan kita sehari-hari. Jadi, tidak mustahil jikalau sesebuah produk multimedia itu bergantung kepada teks di dalam kebanyakan perkara seperti didalam menerangkan bagaimana sesuatu aplikasi bekerja, membantu pengguna didalam menerokai sesuatu aplikasi dan untuk menyebarkan maklumat melalui aplikasi-aplikasi yang telah direkabentuk. Walaubagaimanapun, di dalam aplikasi multimedia, penggunaan teks yang terlalu banyak tidak begitu digalakkan kerana teks tidak dapat mempamerkan maklumat dengan menarik. Ini bukan bermakna teks tidak diperlukan langsung, tetapi ia hanya perludigunakan pada bahagian-bahagian penting sahaja.

Struktur teks terdiri daripada :

1) Linear

⇒ Struktur teks yang tradisional
⇒ Organisasi berbentuk linear di mana ia mempunyai bahagian permulaan dan penghujung.
⇒ Susunannya terdiri daripada beberapa siri seksyen/bab (sections). Setiap seksyen/bab ini  
     mempunyai tajuk dan mungkin, mempunyai sub seksyen(Subsection) yang akan      
     membentuk perenggan.
⇒ Susunan teks berstruktur ini adalah dalam bentuk hirarki dan boleh digambarkan seperti 
     struktur pepohon.

2) Tidak linear

⇒ Dikenali sebagai Hypertext
⇒ Susunan teksnya adalah secara tidak-linear dan mempunyai struktur data graf
⇒ Ia terdiri daripada nod yang merupakan bahagian teks yang bersaiz kecil dan akan 
     dihubungkaitkan dengan bahagian teks yang lain menggunakan pautan(links).
⇒ Hypertext membolehkan pengguna melaksanakan operasi carian dan capai ke atas 
     sesuatu dokumen dengan lebih cepat.


Elemen-elemen Bagi Teks :

Tajuk halaman
Penyampaian maklumat dalam bentuk ayat dan / atau perenggan.
Label untuk gambar
Arahan-arahan untuk operasi sesuatu aplikasi


Rajah 1.0 Ciri-ciri bagi teks



Kesan untuk teks :

Case             – merupakan versi huruf BESAR dan huruf kecil.
Regular      – merupakan versi piawai bagi font seperti Times New Roman atau Arial
Bold             – menyediakan kemudahan dalam memberikan penekanan untuk highlight  
                          dan tajuk.
Italic           – digunakan untuk menarik perhatian / minat pembaca.
Underline – digunakan untuk highlight.
Strikeout   – digunakan untuk menunjukkan sesuatu teks yang telah dihapuskan atau 
                          tidak  digunakan.






Elemen multimedia

Sunday, 9 December 2012

ELEMEN MULTIMEDIA..


Multimedia terdiri daripada 5 elemen penting iaitu:
  • Grafik
  • Teks
  • Animasi
  • Video dan
  • Audio



Elemen ini boleh mempengaruhi sesuatu kerja yang dihasilkan. Untuk mendapat hasil kerja yang menarik, kita mestilah menggabungkan kelima-lima eleman ini untuk menarik perhatian penonton.

Tetapi dalam tugasan ini, saya akan menerangkan tentang 3 elemen dalam multimedia sahaja iaitu Grafik, Video dan Audio.


Teks ( Teks )

Teks adalah salah satu elemen dari multimedia yang sangat membantu dalam memperjelas informasi untuk konsumen. Pada teks ini terdapat berbagai macam karakter yang disediakan dan pemakaianya tergantung dari iklan atau tema yang diangkat.

Gambar ( Image )

Gambar atau grafik merupakan bagian yang penting dalam dunia multimedia. Sebab sebuah gambar dapat menggambarkan ribuan kata-kata. Dengan sebuah gambar, pesan-pesan dapat kita ungkapkan dengan lebih indah dan mudah.

Suara (Audio)

Beberapa tahun yang lalu pemakai PC sudah cukup puas dengan PC speaker yang hanya mengeluarkan nada tertentu pada suatu saat. Dalam teknologi multimedia, suara mempunyai peranan yang cukup tinggi bila kita tinjau dari visi utama informasi multimedia yaitu memanfaatkan segala indera manusia terutama mata dan telinga.

Video

Video merupakan gabungan gambar-gambar mati yang dibaca berurutan dalam suatu waktu dengan kecepatan tertentu. Gambar-gambar yang digabung tersebut dinamakan frame dan kecepatan pembacaan gambar disebut dengan frame rate, dengan satuan fps (frame per second). Karena dimainkan dalam kecepatan yang tinggi maka tercipta ilusi gerak yang halus, semakin besar nilai frame rate maka akan semakin halus pergerakan yang ditampilkan.

Animasi (Animation)

Animasi adalah suatu rangkaian gambar diam secara inbeethwin dengan jumlah yang banyak, bila kita proyeksikan akan terlihat seolah - olah hidup (bergerak), seperti yang pernah kita lihat film - film kartun di tevisi maupun dilayar lebar jadi Animasi kita simpulkan menghidupkan benda diam diproyeksikan menjadi bergerak.Penggunaan animasi pada komputer telah dimulai dengan ditemukannya software komputer yang dapat dipergunakan untuk melakukan ilustrasi di komputer, membuat perubahan gambar satu ke gambar berikutnya sehingga terbentuk suatu bentuk gerakan tertentu.


GRAFIK


Grafik merupakan elemen penting yang terdapat dalam multimedia. Apa yang saya faham, grafik ialah maklumat atau paparan yang terdiri daripada lukisan, ukiran, gambar rajah, simbol dan lain-lain bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau idea. Grafik juga menrupakan persembahan visual dan ia membantu kita dalam menyampaikan sesuatu idea atau maklumat yang sukar untuk disampaikan melalui teks atau tulisan. Ia juga melibatkan lukisan yang abstrak dan boleh dilakukan dengan menggunakan perisian tertentu dalam komputer untuk memudahkan kerja kita.



Secara amnya, grafik terbahagi kepada dua iaitu:

  • Imej bitmap
  • Imej vektor

Imej bitmap adalah berkaitan dengan piksel yang mana imej bitmap terbentuk daripada kumpulan piksel yang terdapat dalam suatu imej dan piksel itu mempunyai bit-bit yang mewakili warna dan intensiti. Imej bitmap ini melibatkan saiz fail yang besar dan resolusi serta kedalaman memberi kesan kepada imej bitmap. Ia bergantung kepada resolusi. Jika resolusi imej tinggi maka ia akan menghasilkan imej yang tajam dan licin berbanding dengan resolusi yang rendah. Resolusi juga memberi kesan kepada saiz fail.


Antara perisian yang digunakan untuk imej bitmap ialah:

  • Adobe Photoshop
  • Corel Draw
  • Corel Photo Paint
  • Paintshop Pro
Format untuk imej bitmap ialah seperti:

BMP
iaitu yang paling lama dan sesuai untuk menyimpangrafik dalam kualiti yang tinggi kerana format ini tidak memadatkan sesuatu imej. Format fail ini juga boleh diterima oleh mana-mana perisian.

PICT
- format ini biasanya digunakan pada komputer Apple Macintosh. Ia juga boleh digunakan untuk imej bitmap atau vektor.

TIFF
- Format ini biasanya digunakan oleh perisian pengimbas dan ia boleh dimampatkan.

GIF
- format ini meluas dan digunakan juga bagi www. Ia menggunakan 256 warna atau kurang dari itu. Imej dari format ini boleh digunakan untuk menghantar imej melalui talitan telefon.

JPEG
- Format ini paling sesuai untuk gambar foto tetapi kurang sesuai untuk huruf atau nombor dan juga lakaran.

Manakala imej vektor pula dikenali sebagai grafik berstruktur atau berorientasikan objek. Imej vektor merupakan asas pada lukisan atau objek seperti garis, bulatan, segi empat dan lain-lain. Grfik ini terbentuk melalui siri arahan yang mengarahkan bagaimana objek itu akan dilukis. Ia boleh diwakili melalui formula matematik kerana melibatkan geometri. grafik vektor tidak bergantung kepada resolusi dan juga tidak terdiri dari piksel. Grafik vektor juga melibatkan jalur, garisan dan "Anchor point" memrupakan titik perkaitan yang digunakan untuk menyambung garisan. Ia juga mempunyai garisan yang terbuka dan tertutup. Dalam grafik vektor, garis lengkung dan garis lurus pada setiap satu titik menunjukkan ia dikawal oleh kepanjangan pemegangnya dan sudut masing-masing. seperti gambar dibawah.


Antara perisian grafik vektor ialah:
  • Macromedia Freehand
  • Adobe illustrator
  • Factal Design Expression

Format grafik vektor ialah:

CDR- Format yang disediakan untuk perisian Coreldraw.
CGM- Format yang paling meluas digunakan.
DRW- Biasa digunakan oleh Microsoft Designer dan program yang menyokong perisian ini ialah Microsoft Word, Ami Pro dan lain-lain.
DXF- Format untuk lukisan kejuruteraan dan senibina. Digunakan juga oleh program AutoCAD.

pengenalan/definisi multimedia


Pengenalan/Definisi kepada Multimedia

Perkataan multimedia adalah berdasarkan dua perkataan iaitu Multi dan Media/medium. Multi membawa maksud banyak/pelbagai dimana ia menandakan terdapat lebih daripada satu media yang wujud di dalam sesuatu aplikasi. Media pula merujuk kepada alat atau pengantara untuk menyampaikan atau mempersembahkan sesuatu maklumat seperti teks, grafik, audio, video dan animasi.


Definisi Multimedia

Satu teknik yang digunakan untuk mengintegrasikan pelbagai media seperti teks, grafik, audio, video dan animasi dalam satu persekitaran digital yang mempunyai ciri-ciri interaktiviti (Norazlin etc,  2007).
Terdapat lima elemen atau media utama didalam Multimedia iaitu Teks, Grafik, Audio,  Video, dan Animasi.
Setiap elemen tersebut mempunyai peranan yang tersendiri dalam mewujudkan informasi yang menarik dan berkesan (Jamalludin dan Zaidatun, 2003)

Lorem

Please note: Delete this widget in your dashboard. This is just a widget example.

Ipsum

Please note: Delete this widget in your dashboard. This is just a widget example.

Dolor

Please note: Delete this widget in your dashboard. This is just a widget example.